|
|
| Friday, 13-Nov-2009 11:13 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Masa untuk berehat
|
|
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 7-Nov-2009 15:57 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Lautan Merah
|
 |
|
ombak iklan
|
|
 |
|
Izzo @ Bukit Jalil
|
|
 |
|
Ombak
|
|
 |
|
sesi latihan pasukan merah
|
|
 |
|
lautan merah
|
|
 |
|
lautan merah
|
| | View all 11 photos... |
|
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 31-Oct-2009 08:06 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Futsal @ Pancarona
|
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 12-Oct-2009 11:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Visit Putrajaya
|
|
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 3-Oct-2009 14:07 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Subang 09
|
|
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 1-Oct-2009 14:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Adik beradik
|
 |
|
Angah & Alang
|
|
 |
|
Anjang & Paksu
|
|
 |
|
Ilham & Ieman
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 26-Sep-2009 03:05 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Aidilfitri 1430H
|
 |
|
Aidilfitri 1430H
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 14-Sep-2009 13:48 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Selamat Hari Raya Aidilfitri
|
|
Masa untuk bersama,
Menghulur kemesraan,
Gelak tawa bahagia,
Damainya rasa.
Lemparkan senyuman,
Hulurkan salaman
Kini dan selamanya
Ucapan Selamat Hari Raya..
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 23-Aug-2009 08:14 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jodhpur 'Kota Biru'
|
|
Berita Minggu : 23 Ogos 2009
Oleh Mohd Zulkifli Hashim
bminggu@bharian.com.my
Hampir keseluruhan bangunannya berwarna biru, memberi kesan mendamaikan
JODHPUR, sebuah kota di tengah-tengah negeri Rajasthan terkenal kerana kekuatan empayarnya sekitar abad ke-15.
Ketika itu, kota yang terletak di lokasi strategik di tengah laluan dagang utama di antara Gujerat dan Delhi, dilengkapi sistem pertahanan terkuat yang menyokong sistem pemerintahan berstruktur kemas.
Kelebihan itu menjadikan Jodhpur lokasi paling sesuai sebagai ibu negeri Marwar, iaitu nama lama Rajasthan sebelum pusat pemerintahan dipindahkan ke Jaipur.
Jodhpur dikenali Kota Biru kerana hampir seluruh bangunannya berwarna biru yang serba mendamaikan.
Ia menjadi pintu masuk ke Gurun Thar di utara India, mudah dihubungi melalui kereta api yang merangkaikannya dengan Delhi, Jaipur, Mumbai, Ahmedabad, Jaisalmer dan Ajmer.
Lebuh raya serta pengangkutan udara ke kota ini juga berkembang dengan pesat.
Penulis tiba di Jodhpur dengan menaiki kereta api malam dari Jaisalmer, tetapi penginapan di kota biru berkenaan awal-awal lagi sudah ditempah, kebetulan pula pemilik penginapan di Jaisalmer dan Jodhpur saling mengenali.
Sebaik menjejak kaki di kota Jodhpur jam 5.30 pagi itu, suasana di stesen kereta api dipenuhi orang ramai yang tidur bergelimpangan di ruang tengah bangunan utama.
Tanpa melengahkan masa, penulis terus mendapatkan pengangkutan 'auto rickshaw' yang cukup popular di India menuju tempat penginapan untuk berehat kerana tidur agak terganggu ketika dalam perjalanan dari Jaisalmer.
Tidak sabar rasanya untuk berbaring atas tilam yang empuk, namun hampa kerana semua bilik masih berpenghuni dan tetamu hanya dibenarkan mendaftar masuk jam 7 pagi. Lalu sofa menjadi sasaran selepas dibenarkan pemilik rumah penginapan.
Kelihatan beberapa pengembara lain turut tiba dan kami sama-sama berehat di ruang menunggu sambil dari semasa ke semasa melihat jarum jam bergerak sehinggalah 8 pagi, namun bilik yang dijanjikan belum tersedia.
Pada wajah pemilik penginapan, kelihatan riak serba salah, mungkin resah kerana ramai pelanggan terpaksa menunggu agak lama.
Perut mula 'berkeroncong' minta diisi, namun restoran di tingkat paling atas bangunan itu belum menunjukkan tanda untuk memulakan operasinya, lalu bekalan roti dan serunding daging dari Malaysia dikeluarkan dari beg sandang.
Ketika bersiap untuk menjamah hidangan, satu lagi masalah timbul apabila penulis tidak dibenar menggunakan pinggan mangkuk di rumah penginapan itu kerana pemiliknya seorang 'vegetarian' atau hanya makan sayursayuran.
Selesai bersarapan, barulah pemilik memaklumkan bilik sudah tersedia, tetapi ia bukan di bangunan utama itu, sebaliknya milik adik angkatnya yang terletak selang beberapa bangunan dari situ.
Ketika mahu ke bangunan yang dimaksudkan, berasa diri seperti tidak begitu dilayan, lebih-lebih lagi apabila pemilik rumah penginapan memberikan layanan berlainan kepada pelanggan yang tiba selepas penulis.
Terasa seperti 'dihalau secara terhormat' oleh pemilik berkenaan, mungkin kerana penulis sebelum itu memilih mengisi perut dengan serunding daging di premisnya.
Bagi penulis, kejadian itu mengajar supaya kita peka dan berhati-hati dengan sensitiviti agama, budaya serta persekitaran masyarakat, bukan saja di negara sendiri tetapi juga ketika di perantauan.
Kembara ke Jodhpur diisi dengan kunjungan ke Kubu Mehrangarh yang menjadi mercu tanda utama kota ini dan kubu terbesar di Rajasthan yang tidak pernah ditakluki mana-mana pihak.
Terletak atas bukit kira-kira 150 meter bersebelahan kota lama atau Kota Biru Jodhpur, Kubu Mehrangarh bukan saja berfungsi sebagai benteng pertahanan, tetapi juga sebagai puncak pemantauan yang dapat melihat keseluruhan kota lama.
Dibuka pada 1458, kubu ini kini dijadikan kompleks muzium yang mempamerkan pelbagai antikuiti peperangan dan koleksi tandu, termasuk yang digunakan di atas gajah selain kelengkapan diraja Rao Jodha.
Dengan bayaran Rs250 atau kira-kira RM18.50, termasuk caj yang dikenakan bagi kamera, kompleks muzium setinggi empat tingkat ini terserlah mesra pengunjung kerana langsung tidak menggunakan khidmat jurupandu.
Sebaliknya, lawatan pengunjung dibimbing secara audio atau melalui sistem 'audio tour' bagi menceritakan kisah di sebalik setiap objek yang dipamerkan dan lebih menarik lagi, turut dilengkapi kesan khas bunyi-bunyian zaman peperangan.
Dari tebing kubu, pengunjung dapat menyaksikan maksud sebenar Kota Biru atau kota lama bekas pusat pemerintahan di Jodhpur seluas lima kilometer persegi yang menempatkan lebih sejuta penduduk itu.
Dinamakan sebegitu kerana hampir keseluruhan bangunan di situ diwarnakan biru, manakala di celah-celah bangunan pula menempatkan ruang niaga menjual pelbagai barangan.
Setiap lorong dikhaskan menjual satu produk, umpamanya satu lorong menjual rempah ratus, manakala yang lain menjual tekstil, pakaian, makanan tradisional, produk besi, rotan, ubatubatan atau kelengkapan dalaman rumah yang dihasilkan secara tradisional.
Untuk berasakan sendiri suasana hiruk-pikuk di Kota Biru, penulis memilih berjalan kaki untuk menyaksikan gelagat tawar menawar di antara peniaga dan pemborong dengan pelanggan.
Kini semakin banyak rumah penginapan dibina di Kota Biru dan masing-masing menyediakan restoran di aras bumbung bagi memudahkan tetamu menyaksikan pemandangan Kubu Mehrangarh dan sekitar kota.
Jika anda berpeluang ke India, tidak rugi singgah di Jodhpur yang pastinya menjanjikan pengalaman amat menarik.
INFO: Jodhpur
Diasaskan oleh Rao Jodha, ketua Rajput daripada keturunan Rathore
Bandar kedua terbesar di Rajasthan
Menempatkan banyak istana, kubu dan kuil lama
Juga dikenali sebagai Kota Matahari.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 22-Aug-2009 01:37 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Salam Ramadhan 1430H
|
|
|
|
|
|
|