|
|
| Friday, 25-Jan-2008 02:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Muzium-Muzium di Hanoi
|
|
|
Memang banyak muzium yang terdapat di ibu negara Vietnam ini. Paling menarik muzium perang yang memaparkan zaman perang di antara Vietnam dan Amerika. Kemenangan tentera merah telah membuka mata pihak dunia umumnya dan Amerika khususnya yang selama ini prejudis terhadap Sistem Sosialis.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 24-Jan-2008 05:28 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Halong Bay Day 3
|
|
Perjalanan balik dari Cat Ba Island, seterusnya menaiki bot dan berpeluang menyaksikan keindahan Halong Bay di depan mata buat kali terakhir.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 24-Jan-2008 02:58 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Cat Ba Island
|
|
Pulau Peranginan yang terletak di kepulauan Halong Bay ni agak sunyi namun mesra pelancong. Taman Negara Cat Ba wajar diterokai untuk menyaksikan sendiri keseluruhan kawasan Halong Bay dari puncak.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 24-Jan-2008 02:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sung Sot Cave
|
|
Kawasan yang menjadi salah satu dari Tapak Warisan Dunia ini merupakan salah satu aktiviti dalam pakej ke Halong Bay. Walaupun Izzo dah masuk beberapa gua di Malaysia sebelum ini, gua ini mempunyai kelainan yang sendiri terutamanya melihat satu objek yang sengaja dinyalakan lampu merah. Apakah objek tersebut??
|
|
|
|
|
|
| Monday, 21-Jan-2008 10:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Morning Day 2 @ Halong Bay
|
|
Best keadaan waktu ni di Halong Bay. Ingat lagi tak lukisan waktu kanak-kanak dulu di mana matahari terbit di celah-celah 2 gunung dan burung terbang di awangan.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 21-Jan-2008 10:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sunset di Halong Bay
|
|
Suhu waktu ni sejuk sebenarnya di sekitar 15 celcius. Memang cantik dan menarik pada waktu ni. Bot hanya mengelilingi kawasan pulau-pulau di Halong Bay dan melabuhkan sauhnya pada sekitar jam 6.30.
Bermalam dalam bot di Halong Bay memang satu pengalaman yang menarik.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 18-Jan-2008 11:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Halong Bay – Day 1
|
|
Tempat yang mesti dikunjungi sekiranya anda melawat Vietnam. Lawatan anda ke Vietnam tak lengkap tanpa mengunjungi Halong Bay. Tempat ini juga dikenali sebagai salah satu dari 8 keajaiban Vietnam.
Walaupun cuaca berkabus, namun ia tidak menghalang untuk melihat kecantikan Halong Bay. Ini ditambah dengan cuaca sejuk sekitar 15-18 celcius pada siang hari dan 10-15 celcius pada waktu malam dan awal pagi.
Satu tips kepada bakal pengunjung, purata harga pakej bagi 3 hari 2 malam yang merangkumi penginapan, makanan, pengangkutan, dan aktviti sampingan di Halong Bay dan Cat Ba seperti melawat gua, taman negara dan berkayak adalah sekitar USD40-USD45. Pastikan anda mendapat harga tersebut dari Travel Agent di sekitar Hanoi. Jangan terperdaya dengan Pakej Deluxe atau harga yang melebihi dengan apa yang dinyatakan kerana semua aktiviti dan bot adalah sama, meskipun anda bayar dengan kadar yang mahal ataupun murah.
Apa yang dapat Izzo diperhatikan, dengan terlampau banyak bot yang bergerak setiap hari iaitu melebihi 400 buah bot sehari, ia sedikit mengganggu gugat persekitaran selain menyumbang kepada pencemaran air dan udara di Halong Bay.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 18-Jan-2008 10:53 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Old Quarter @ Hanoi
|
|
Tempat ni memang menarik dan seronok. Terdapat 36 batang jalan di kawasan ni yang berbentuk seperti sarang labah-labah. Kalau nak mencabar lagi, jangan bawa peta dan biarkan kaki anda berjalan dengan haluan sendiri dengan melihat gelagat penjual di sepanjang jalan terutamanya pasar bergerak iaitu makcik-makcik yang membawa kandar untuk jualan seperti buah-buahan, sayur, makanan tak terkecuali barangan cenderamata.
Hanoi, Old Quarter memang bandar yang lama kira-kira 1000 tahun yang lalu dan dibina sebelum zaman penjajahan Perancis ke atas Vietnam lagi. Walaupun bandar lama, ia sibuk dengan pelbagai aktiviti harian. Rumah yang dibina begitu kecil. Banyak nama jalan yang bermula dengan “Hang”.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 17-Jan-2008 11:51 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Perjalanan 30 jam yang menyeronokkan, Train SE4 (Reunification t
|
|
Perjalanan dengan keretapi SE4 ini mengambil masa selama 30 jam atau 2 malam 1 hari. Namun atas sebab berlakunya tanah runtuh, keretapi ini lewat 1 jam. Berlepas dari Stesen (Ga) Sai Gon pada 11pm dan tiba di Ga Ha Noi 6am pada 2 hari kemudiannya. Perjalanan ekspress ini berhenti di stesen-stesen utama selama diantara 5 hingga 12 minit di Na Trang, Dieu Tri, Da Nang, Hue, Dong Hoi dan Vinh.
Banyak pengembara berhenti di bahagian tengah Vietnam iaitu sama ada Da Nang atau Hue tetapi akibat kesuntukan masa, Izzo tak dapat berhenti dan meneruskan perjalanan terus ke Ha Noi. Perjalanan dengan keretapi diantara Da Nang dan Hue memang cantik di antara lereng bukit dan pantai dan di situlah berlakunya tanah runtuh.
Persediaan nak naik Trans Siberian Train dan Train di Tibet nanti.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 17-Jan-2008 11:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Cu Chi Tunnel
|
|
Sejarah terowong ni memang hebat dan dibina oleh Tentera Komunis Vietnam dalam menentang pencerobohan Amerika. Terowong sepanjang 200km ini boleh menyelurusi sehingga ke Kota Sai Gon dan terdapat pelbagai ruang serta bertingkat. Cu Chi Tunnel tak juah jaraknya dari Ho Chi Minh City dalam jarak 25km.
Saiz tentera Vietnam yang kecil menyebabkan lubang atau pintu masuk dibuat terlampau kecil dan tidak dinasihatkan kepada sesiapa yang mempunyai saiz pinggang lebih 34 inci. Kini untuk kemudahan pengunjung, saiz yang lebih besar dibina 3 kali ganda dari saiz asal yang boleh untuk memilih jalan 30 atau 60 meter. Mesti tau Izzo suka yang mana kan...
|
|
|
|