|
|
| Sunday, 28-Jun-2009 16:05 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Michael Jackson
|
 |
|
MJ @ London
|
|
 |
|
MJ @ Hong Kong
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 22-Jun-2009 12:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Boracay & Sun
|
|
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 18-Jun-2009 04:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Koleksi Fridge Magnet
|
|
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 17-Jun-2009 02:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Beautiful Boracay
|
|
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 13-Jun-2009 03:37 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Dibius Kota Romantis India
|
|
Kosmo : 13 Jun 2009
Oleh: Mohd Zulkifli Bin Hashim
Antara detik paling ajaib adalah apabila dua tasik utama di Udaipur memantulkan cahaya ke bangunan-bangunan di sekitarnya.
SEBAHAGIAN daripada seni bina yang mencetus keajaiban Kota Putih Rajasthan.
Keunikan bandar-bandar utama di negeri Rajasthan, India adalah semua nama bandar-bandar itu berakhir dengan huruf 'R' iaitu Jaipur sebagai ibu negeri, Ajmer, Pushkar, Bikaner, Jaisalmer, Ranakpur, Jodhpur dan juga Udaipur.
Kota paling romantis di India iaitu Udaipur juga dikenali sebagai Kota Putih di Rajasthan. Ini kerana hampir keseluruhan bangunannya berwarna putih.
Pengalaman penulis di seluruh bumi warna-warni Rajasthan diakhiri dengan kota Udaipur. Kota yang sinonim dengan zaman pemerintahan Marahana Singh dan Moghul Akhbar ini terletak kira-kira 650 kilometer (km) dari ibu negara India iaitu Delhi dan 700km di utara kota perniagaan Mumbai.
Udaipur mudah dikunjungi kerana di situ terletaknya dua buah kota metropolitan utama di India serta bandar Ahmedabad di Gujarat dan Jaipur. Kesemua kota utama itu dihubungkan dengan rangkaian lebuh raya, landasan kereta api serta laluan udara yang moden.
KEINDAHAN City Palace dibias remang senja.
Perkhidmatan kereta api kelas diraja dan kelas satu juga disediakan dari New Delhi Railway Station. Tidak banyak laluan kereta api di India disediakan untuk gerabak khas berkenaan. Namun penulis berpeluang menaiki kereta api itu walaupun hanya ditempatkan di gerabak AC3T dari Ajmer. Penulis transit di kota berkenaan dari Jodhpur, sebelum meneruskan perjalanan ke Udaipur.
Gelagat warga Udaipur
Udaipur sesuai dikunjungi oleh segenap lapisan hierarki masyarakat kerana sesiapa sahaja akan mudah jatuh cinta kepadanya. Tarikan di kota ini merentas keinginan baik golongan diraja, pertengahan mahupun pengembara bebas. Bagi yang menggemari aktiviti pendakian gunung, terdapat Gunung Abu di sebelah barat kota ini.
Kota ini memperaga dua buah tasik terkenal dan cukup indah untuk dikunjungi terutama ketika aras air tasik-tasik berkenaan meningkat dan memantulkan biasan cahaya terhadap binaan-binaan lama di sekitarnya. Panorama ini sungguh menawan.
Tidak cukup dengan itu, sejarah Udaipur membangun ketika zaman pemerintahan Singh boleh disaksikan di sebuah muzium perang yang terletak tidak jauh dari Bukit Mutiara atau Moti Magri di sebelah utara kota romantis ini.
Bumi Rajasthan yang berwarna-warni turut menarik minat lensa kamera penulis ketika menyaksikan kehidupan dan gelagat warga Udaipur di Central Market kota berkenaan.
ANEKA rempah masakan di pasar Udaipur.
Penulis cukup terharu dengan keramahan warga India amnya dan Udaipur khususnya yang sentiasa memberi maklum balas yang positif serta sedia membantu pengembara dan pelancong asing.
Kota romantis
Kembara ke kota romantis ini tidak cukup sekiranya tidak menjejakkan kaki ke City Palace yang terletak di kota lama Udaipur. Ia terletak bersebelahan dengan kawasan tumpuan pengembara dari serata dunia khususnya warga Eropah.
Binaan di sekitar City Palace ini adalah campuran zaman pemerintahan Rajput-Moghul. Ia khusus untuk istana musim panas ketika seluruh kaum kerabat Singh menghabiskan masa dan aktiviti mereka di istana yang menghadap tasik Pichola pada 1628 hingga 1652.
Kini, pengunjung dikenakan bayaran sebanyak Rs250 (RM18.50) untuk memasuki kawasan City Palace, selain bayaran tambahan untuk memasuki muzium atau menaiki bot menyusuri tasik Pichola.
Di City Palace, kita dapat melihat seni bina bangunannya yang cukup indah, di samping pemandangan Lake Palace yang memukau di tasik Pichola. Istana yang telah diubahsuai menjadi hotel mewah itu terhad dan eksklusif kepada tetamu yang dijemput oleh pihak hotel berkenaan sahaja dan ia diuruskan oleh Taj Hotel Resorts and Palaces.
WARNA-warni pakaian tradisi wanita India.
Lake Palace kelihatan seakan-akan terapung di atas tasik Pichola yang airnya tenang sepanjang masa. Struktur bangunan di City Palace, Lake Palace, tasik Pichola serta Jag Mandir bertambah cantik dan menggamit suasana romantis apabila binaan manusia bergabung dengan ciptaan Allah s.w.t terutamanya ketika matahari terbenam.
Pantulan dan biasan cahaya sudah cukup untuk membuatkan pengunjung di City Palace mensyukuri nikmat kecantikan semula jadi dan binaan manusia.
Pengembaraan di kawasan itu lebih menarik sekiranya menyusuri tasik Pichola sambil menghayati Kota Romantis Udaipur ini dari sudut yang berbeza.
Bot ini juga membawa semua pengunjung ke Jag Mandir (Pulau Mandir) yang terletak di tengah-tengah tasik berkenaan. Dengan keluasan hanya 4.8 hektar, hotel di Jag Mandir hanya terhad kepada ahli kelabnya sahaja.
Menghayati semula semua tarikan Udaipur, tidak hairanlah jika ia pernah dinobatkan sebagai kota kedua terbaik Asia dan kota ketujuh terbaik di dunia pada tahun 2007.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 11-Jun-2009 03:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Penggemar Makanan Laut
|
|
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 9-Jun-2009 12:31 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu
|
|
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 4-Jun-2009 08:23 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Truly Malay Architecture
|
|
|
|
|
|
|
|
| Friday, 29-May-2009 01:37 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kronologi Matahari Terbit
|
|
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 27-May-2009 15:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bermain dengan warna
|
|
|
|
|
|